|
|
|
Siapa Nak Jadi Admin? Assalamualaikum, kepada pengunjung-pengunjung blog Lirik Nasyid yang dikasihi fillah.. Sekarang saya agak kesuntukan masa kerana saya sudah mula bekerja. Namun kerana setiap hari ramai saja yang masuk ke blog ini bagi mencari lirik-lirik nasyid, saya rasa sangat sayang untuk menutup blog ini. Jadi, saya mengambil peluang ini, untuk membuka peluang bagi peminat-peminat nasyid dan pengunjung blog ini yang berminat untuk menyumbangkan lirik nasyid, saya akan add nama anda sebagai pentadbir dan penulis di dalam blog ini. Anda boleh menghantar email kepada saya bagi memohon ya? Saya harap ada 4 orang yang sanggup, kalau boleh yang memiliki koleksi lirik-lirik nasyid terkini dan jika ada yang lama-lama pon boleh juga ya.. boleh hantar email kepada saya besertakan butir-butir berikut: 1. Nama 2. Email (yang selalu guna) 3. Nama panggilan 4. No. Telefon (bagi yang malaysia) 5. Kenapa ingin menyumbang? ke email ini : zirwatulhanna (at) yahoo (dot) com Insya ALLAH, saya akan menghubungi anda secepat mungkin bagi tujuan memasukkan nama anda selaku pentadbir dan penulis blog ini. Sama-sama kita meriahkan industri nasyid di dalam mengembangkan dakwah Islam!! Terima kasih semua, SHARING IS CARING!!
|